Pernah tak kita sedar, betapa mudahnya perkataan ini keluar daripada mulut kita?
“Saya tak pandai.”
“Saya tak mampu.”
“Saya tak ada masa.”
“Saya tak berani.”
Kadang-kadang, belum pun mencuba, kita sudah menutup peluang untuk diri sendiri.
Cuba Ubah Jawapan Kita
Saya tak pandai.
Saya cuba belajar.
Saya tak mampu.
Saya cuba cari jalan.
Saya tak ada masa.
Saya cuba susun masa.
Saya tak berani.
Saya cuba langkah pertama.
Nampak kecil perbezaannya, tetapi besar kesannya.
“Saya tak” membuatkan kita berhenti. “Saya cuba” membuka peluang.
Tak Perlu Hebat Untuk Bermula
Orang yang pandai berniaga juga pernah tidak tahu menjual.
Orang yang hebat bercakap juga pernah gugup.
Mereka menjadi lebih baik kerana berani mencuba, belajar dan memperbaiki diri.
Allah SWT berfirman:
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.”
Surah An-Najm, 53:39
Kita berusaha, Allah SWT yang menentukan hasilnya.
Mulakan Hari Ini
Fikirkan satu perkara yang sudah lama kita tangguhkan.
Ambil satu langkah kecil hari ini.
Tak semestinya terus berjaya. Kalau tersilap, belajar dan cuba lagi.
Kerana kita tak akan tahu sejauh mana kita mampu pergi selagi belum mencuba.
Lain kali apabila terlintas “Saya tak…”, cuba gantikan dengan dua perkataan:
“Saya cuba.”
Make It Happen. 🔥

