Idea yang baik perlu dibuat menjadi realiti.
Saya seorang usahawan. Saya membina business, meneroka peluang dan berkongsi apa yang saya belajar sepanjang perjalanan.
Semangat Boss!Pengalaman membentuk perspektif.
Lebih 18 tahun melalui dunia pekerjaan dan business—termasuk pembinaan kapal serta oil & gas—mengajar saya bahawa ilmu hanya bernilai apabila diterjemahkan kepada tindakan. Di sinilah saya berkongsi pengalaman, idea dan perkara yang saya sendiri sedang belajar.
Saya suka menulis.
Bukan sebagai seorang pakar dalam semua perkara, tetapi sebagai seseorang yang sentiasa belajar, mencuba dan membina.
Lihat dunia melalui pengalaman.
Saya percaya setiap pengembaraan dan ilmu bukan sahaja harus ditulis, tetapi juga dirakam.
Membina sesuatu yang memberi manfaat.
Saya berkongsi perjalanan dan model business yang saya bina—tentang sistem, leverage serta peluang mencipta pendapatan tanpa mengorbankan seluruh masa untuk bekerja.
Mari berhubung.
Ikuti perkongsian saya atau hubungi saya terus melalui WhatsApp.