Bila momentum tengah padu, ramai orang baru akan register sebagai affiliate dalam network anda.

Hari ini 10 orang.

Esok masuk lagi.

Minggu depan mungkin dah puluhan orang baru.

Masa inilah ada satu perkara yang jangan terlepas:

Data orang baru yang register dalam network anda.

Jangan sekadar tengok jumlah registration.

Anda perlu tahu siapa yang baru masuk dan siapa yang mula bergerak.

Contohnya seseorang baru register minggu ini.

Dia terus belajar.

Dia mula buat sales.

Dia mula bawa orang.

🔥 Bila nampak signal macam ni, jangan biarkan dia bergerak seorang.

Masuk.

Kenal dia.

Coach dia.

Bawa dia ikut meeting.

Libatkan dia dalam aktiviti team.

Ajar dia buat presentation.

Ajar dia follow-up.

Beri dia tanggungjawab kecil.

Bentuk dia menjadi leader.

Kemudian ajar dia buat perkara yang sama kepada orang dalam network dia pula.

Bukan sekadar cari orang yang boleh buat sales.

Kita nak bina orang yang boleh membina orang lain.

Di situlah duplication bermula.

Data → Detect → Bentuk Leader → Duplicate. 🔥

Bayangkan setiap kali ada gelombang 100 orang baru register, anda berjaya membentuk beberapa orang menjadi leader.

Kemudian leader-leader ini pula membentuk leader baru dalam network mereka.

Network anda mula berkembang bukan hanya kerana semakin ramai orang masuk.

Tetapi kerana semakin ramai leader sedang dilahirkan.

Sebab itu ketika momentum tengah padu, jangan hanya celebrate jumlah registration.

Tengok data orang baru.

Cari siapa yang mula bergerak.

Dekati mereka.

Dan bentuk mereka menjadi leader.

Sebab mungkin orang yang baru register dalam network anda hari ini…

adalah orang yang akan membina ribuan orang dalam network anda satu hari nanti. 🔥