Lafaz Keramat Pemusnah Sebuah Kejayaan
Kadang-kadang beberapa patah perkataan saja boleh menutup satu pintu besar dalam hidup kita. Ini satu lafaz yang saya memang elakkan daripada gunakan.

Boss Bob
13 September 2026 · 4 minit bacaan

Kadang-kadang beberapa patah perkataan saja boleh menutup satu pintu besar dalam hidup kita.
Kita mungkin pernah menyebutnya.
Mungkin berkali-kali.
Dan kita sendiri tak sedar apa yang mungkin kita terlepas hanya kerana satu lafaz.
Sepanjang 16 tahun saya bekerja dan berniaga, ada satu ketika business saya diuji dengan sangat teruk.
Saya pening mencari jalan.
Fikir macam-macam.
Cuba cari apa lagi yang boleh saya buat.
Dalam keadaan itulah, dengan izin Allah, Allah hantarkan seorang kawan kepada saya.
Dia datang berkongsi satu peluang.
Saya tak terus setuju.
Saya juga tak terus menolak.
Saya cuma bagi telinga.
Saya dengar apa yang dia nak sampaikan.
Saya tanya.
Dia jawab.
Saya tanya lagi.
Memang bertubi-tubi soalan saya masa tu.
Sampailah akhirnya saya perlu buat satu keputusan.
Nak bergabung dan buat sama-sama atau tidak.
Saya pilih untuk bergabung.
Dan dengan izin Allah, keputusan itu menjadi salah satu titik yang mengubah perjalanan hidup saya.
Kadang-kadang saya terfikir…
Apa jadi kalau hari itu saya terus tutup perbualan kami dengan satu lafaz?
Lafaz yang sampai hari ini saya memang elakkan daripada gunakan.
“Saya tak minat.”
Kenapa?
Cuba tengok kehidupan kita sendiri.
Berapa banyak benda yang kita buat setiap hari sebenarnya bukan benda yang kita minat?
Bangun awal.
Hadap jem.
Tekanan kerja.
Deadline.
Selesaikan masalah.
Penat.
Esok bangun, kita buat lagi.
Bukan sekadar buat. Kadang-kadang kita buat bersungguh-sungguh.
Kenapa?
Sebab kita mahukan hasilnya.
Kita sanggup buat benda yang kita tak minat untuk mendapatkan hasil supaya kita boleh menikmati benda yang kita minat.
Rumah yang kita suka.
Kereta yang kita impikan.
Bercuti dengan keluarga.
Lebih banyak masa.
Kehidupan yang lebih baik.
Sebab itu saya pegang satu perkara.
Minat bukan penentu kejayaan.
Saya boleh tolak sesuatu peluang.
Tetapi bukan semata-mata kerana saya tak minat.
Kalau saya tolak, mungkin sebab saya dah ada pilihan lain yang saya nampak mempunyai potensi lebih baik.
Itu sebab saya memang elakkan lafaz “saya tak minat.”
Sebab kalau saya gunakan lafaz itu ketika kawan saya datang dulu…
mungkin saya takkan bagi telinga.
Saya takkan tanya soalan bertubi-tubi.
Dan mungkin saya takkan buat keputusan yang akhirnya, dengan izin Allah, mengubah perjalanan hidup saya.
Bukan semua peluang kita perlu ambil.
Kita masih boleh kata tidak.
Tapi sebelum buat keputusan…
bagi telinga dulu.
Dengar.
Tanya.
Nilai.
Kemudian buat keputusan.
Sebab kita tak pernah tahu melalui siapa Allah akan hantarkan satu jalan dalam hidup kita.
Jadi selepas ini, bila lafaz itu hampir keluar daripada mulut kita…
“Saya tak minat.”
Cuba tahan sekejap.
Bagi telinga dulu.
Kerana dengan izin Allah, kadang-kadang satu perkara yang kita sudi dengar hari ini boleh menjadi titik yang mengubah perjalanan hidup kita.
Micro Action
Lepas ni bila ada peluang datang dan ayat “Saya tak minat” mula terlintas, jangan jawab dulu.
Tanya 3 soalan:
- Apa sebenarnya peluang ini?
- Apa potensi yang saya belum nampak?
- Apa yang saya rugi kalau saya terus menolak?
Dengar. Faham. Nilai. Baru buat keputusan.

— Boss Bob