Saya pernah melawat seorang kawan di hospital.

Ibunya sakit.

Bukan seminggu dua.

Hampir 4 bulan dia berada di hospital menjaga ibunya.

Hari-hari dia di situ.

Temankan ibu.
Urus rawatan.
Urus keluarga.

Saya tahu dalam keadaan macam itu, memang susah nak jalankan business seperti biasa.

Jadi saya tanya dia,

“Dah lama kau dekat hospital ni… macam mana dengan income?”

Dia jawab,

“Masih masuk.”

Kemudian dia sambung…

“Malah makin bertambah.”

Saya terdiam.

Hampir 4 bulan dia tak dapat bekerja seperti biasa.

Tapi income bukan sahaja masih masuk.

Malah makin bertambah.

Macam mana?

Rupanya jawapannya ada pada apa yang dia bina sebelum ini.

Dia bukan bekerja 24 jam dari hospital.

Dia bukan sibuk mengejar customer ketika menjaga ibunya.

Dia tetap manusia biasa.

Ada 24 jam sehari.

Bezanya…

dia sudah membina sebuah sistem.

Sebelum ibunya sakit, dia sudah lama membina business.

Dia belajar buat sale.

Dia bina customer.

Dia bina team.

Dan dia bantu orang lain belajar melakukan perkara yang sama.

Jadi apabila satu hari dia terpaksa berhenti bergerak seperti biasa…

business itu tidak berhenti bersama dia.

Sale masih berlaku.

Team masih bergerak.

Sistem masih berjalan.

Sebab itulah income masih masuk.

Dan apabila sistem itu terus berkembang…

income dia juga boleh terus bertambah.

Masa itu saya betul-betul faham maksud leverage.

Kalau semua income kita bergantung kepada kita seorang:

Kita kerja → income masuk.

Kita berhenti → income berhenti.

Selagi semuanya berjalan seperti biasa, mungkin kita tak rasa apa-apa.

Kita sihat.

Kita boleh bekerja.

Kita boleh jumpa customer.

Kita boleh buat sale.

Tetapi hidup tak sentiasa ikut rancangan kita.

Kadang-kadang bukan kita yang sakit.

Ibu kita pula yang perlukan kita.

Dan ketika itu, kita mahu berada di sebelahnya.

Bukan duduk di hospital sambil kepala masih fikir:

“Kalau aku tak kerja hari ni, macam mana income bulan depan?”

Inilah salah satu perkara yang menarik tentang network marketing.

Kita bermula dengan belajar menghasilkan sale.

Kemudian kita bantu orang lain belajar melakukan perkara yang sama.

Apabila cara itu boleh diduplikasi, sale tidak lagi bergantung kepada usaha kita seorang.

Ada masa kita buat sale.

Ada masa orang lain buat sale.

Ada masa kita sedang menjaga ibu…

tetapi sale masih berlaku dalam sistem.

Inilah leverage.

Dan apabila sistem semakin matang, semakin banyak aktiviti boleh berlaku tanpa waktu kerja kita perlu bertambah pada kadar yang sama.

Di sinilah Snowball Effect mula berlaku.

Mula-mula kecil.

Tetapi semakin lama kita bina, semakin besar kapasiti sistem itu.

💡 CUBA TANYA DIRI SENDIRI

Kalau esok kita terpaksa berhenti bekerja selama 4 bulan untuk menjaga ibu…

income kita masih masuk atau ikut berhenti sekali?

Mungkin selama ini kita terlalu fokus kepada satu soalan:

“Berapa besar income aku?”

Tetapi ada satu lagi soalan yang mungkin lebih penting:

“Berapa banyak income aku masih bergantung kepada masa aku sendiri?”

Income besar memang bagus.

Tetapi kalau untuk menghasilkan income itu kita mesti sentiasa berada di situ…

apa berlaku apabila satu hari nanti kita tak boleh berada di situ?

Kisah kawan saya itu mengubah cara saya melihat business.

Kita bina ketika kita masih ada masa.

Kita bina ketika kita masih sihat.

Kita bina ketika semuanya masih baik.

Sebab kita tak tahu bila kita akan benar-benar memerlukannya.

Dan mungkin nilai terbesar sebuah sistem bukan ketika kita sedang bercuti.

Bukan ketika kita sedang tidur.

Tetapi ketika ibu kita sedang sakit…

dan kita boleh duduk di sebelahnya.

Hari demi hari.

Minggu demi minggu.

Bulan demi bulan.

Tanpa setiap pagi terpaksa memilih:

jaga ibu…

atau

keluar cari income.

Kawan saya hampir 4 bulan di hospital menjaga ibunya.

Business masih berjalan.

Income masih masuk.

Malah makin bertambah.

Dan masa itu saya faham…

Kita bina sistem bukan supaya kita tak perlu bekerja.

Kita bina sistem supaya apabila orang yang kita sayang memerlukan masa kita… kita ada pilihan.