Semua orang perlukan duit.

Dan apa pun jalan yang kita pilih, satu perkara tetap sama:

Perlu usaha.

Tak ada easy money.

Nak bina kerjaya, perlu usaha.
Nak berniaga, perlu usaha.
Nak melabur, perlu belajar.
Nak bina aset, juga perlukan masa.

Tetapi saya suka satu konsep:

Gunakan usaha kita untuk membina sesuatu yang akhirnya boleh bekerja untuk kita dan menghasilkan duit.

Anytime. Anywhere.

Ini konsep kerja yang saya suka.

Saya tetap bekerja.
Saya tetap belajar.
Saya tetap follow up.
Saya tetap buat keputusan.

Cuma setiap usaha itu, saya mahu ia membina sesuatu.

Skill.
Network.
Sistem.
Business.
Aset.

Sesuatu yang semakin lama semakin kuat.

Sesuatu yang tidak hilang begitu sahaja selepas kerja hari ini selesai.

Dan akhirnya, sesuatu yang boleh bekerja untuk kita dan menghasilkan duit.

Ini bukan easy money

Untuk sampai ke tahap itu tetap perlukan usaha.

Kadang-kadang bertahun.

Kita perlu bina.
Kita perlu gagal.
Kita perlu belajar.
Kita perlu improve.

Tetapi bezanya…

**Kita bukan sekadar bekerja untuk duit.

Kita juga bekerja untuk membina sesuatu yang boleh menghasilkan duit.**

Itulah leverage.

Jadi cuba tanya diri sendiri:

Apa yang saya sedang bina hari ini yang suatu hari nanti boleh bekerja untuk saya?

Tak perlu besar.

Mulakan satu.

Bina.

Perbaiki.

Besarkan.

Anytime. Anywhere.
Make it happen.

— Boss Bob