Hakikatnya, banyak perkara yang kita miliki hari ini, dengan izin Allah SWT, bermula daripada sesuatu yang pernah kita TERFIKIR.
Rumah yang kita duduk sekarang.
Kerjaya yang kita bina.
Business yang kita jalankan.
Tempat yang pernah kita lawati.
Dulu mungkin kita cuma terfikir nak memilikinya atau mencapainya.
Kemudian tanpa sedar, kita mula mencari jalan, merancang dan berusaha.
Proses itu berlaku secara semula jadi sehingga kita sendiri tak perasan.
Dan hari ini, sebahagiannya sudah menjadi kenyataan.
Cuba tengok apa yang kita ada hari ini. Berapa banyak daripadanya pernah bermula dengan satu fikiran?
๐ง Inilah Satu Mind Trick Yang Power!
Contohnya, tiba-tiba kita terfikir...
โMacam mana aku nak ada passive income RM3,000 sebulan?โ
Bila mula terfikir, kita mula mencari jalan.
Kita membaca, bertanya dan meneroka peluang. Mungkin melalui business, affiliate, pelaburan atau aset.
Bila dah jumpa jalan yang sesuai, kita mula buat plan.
RM3,000 sebulan bersamaan lebih kurang RM100 sehari.
Berapa modal diperlukan? Apa yang perlu dipelajari? Bagaimana nak mulakan?
Dah ada plan, kita mula bertindak.
Kita belajar, mencuba dan membina sesuatu.
Kalau tak menjadi, kita adjust. Perbaiki strategi dan cuba lagi sehingga mula nampak hasil.
TERFIKIR โ CARI JALAN โ BUAT PLAN โ BERTINDAK โ ADJUST โ HASIL
Menariknya, apabila kita mula memikirkan sesuatu matlamat, kita juga menjadi lebih peka terhadap peluang yang berkaitan.
Bukan semestinya peluang itu baru muncul. Mungkin selama ini kita tidak memberi perhatian kepadanya.
๐ Allah SWT Mengingatkan Kita
Dalam Surah Ar-Ra'd, ayat 11, Allah SWT berfirman:
ุฅูููู ุงูููููู ููุง ููุบููููุฑู ู ูุง ุจูููููู ู ุญูุชููููฐ ููุบููููุฑููุง ู ูุง ุจูุฃูููููุณูููู ู
Maksudnya: โSesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.โ
Ayat ini mengingatkan kita tentang pentingnya perubahan diri.
Kita merancang dan berusaha. Hasilnya tetap dengan izin Allah SWT.
๐ฏ Sekarang Giliran Kita
Selama ini, mungkin kita dah banyak kali menggunakan mind trick ini tanpa sedar.
Kali ini, kita apply teknik yang sama. Cuma bezanya, kita buat dalam keadaan SEDAR.
Tetapkan apa yang kita mahu capai.
Mulakan dengan satu persoalan:
โSaya terfikir, macam mana kalau saya boleh ______?โ
Kemudian biarkan persoalan itu mendorong kita mencari jalan, membuat plan dan mengambil tindakan.
Siapa tahu, beberapa tahun dari sekarang, dengan izin Allah SWT, perkara yang kita terfikir hari ini pula menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.
Make it happen. ๐

