Saya banyak menghadiri business presentation.

Ada yang present produk, ada yang membentangkan peluang business.

Satu perkara yang saya selalu perhatikan ialah cara presenter menggunakan kata ganti diri.

Kadang-kadang prospect datang untuk melihat peluang business, tetapi presenter bercakap seolah-olah sedang menjual produk kepadanya.

Sedangkan present kepada pembeli produk dan bakal business partner memerlukan pendekatan yang berbeza.

Nampak kecil, tetapi kesannya besar.

1. Cara Present Bergantung Pada Prospect

Walaupun produknya sama, cara kita bercakap mesti ikut siapa yang sedang mendengar.

Contoh 1 โ€” Cara bercakap

๐Ÿ›๏ธ Pembeli produk

Boss boleh gunakan produk ini.

๐Ÿค Bakal business partner

Pelanggan Boss boleh gunakan produk ini.


Contoh 2 โ€” Manfaat

๐Ÿ›๏ธ Pembeli produk

Produk ini membantu Boss menjimatkan masa.

๐Ÿค Bakal business partner

Produk ini membantu pelanggan Boss menjimatkan masa.


Contoh 3 โ€” Peluang

๐Ÿ›๏ธ Pembeli produk

Boss dapat manfaat daripada produk ini.

๐Ÿค Bakal business partner

Boss boleh bina business dengan memasarkan produk ini.

Nampak perbezaannya?

Pembeli produk melihat manfaat produk untuk dirinya.

Bakal business partner melihat potensi business yang boleh dibina melalui produk tersebut.

2. Kata Ganti Diri Menentukan Positioning

๐Ÿ›๏ธ Pembeli produk

  • Boss boleh guna
  • Manfaat untuk Boss
  • Cara guna produk
  • Harga produk

๐Ÿค Bakal business partner

  • Pelanggan Boss boleh guna
  • Manfaat untuk pelanggan Boss
  • Cara bina business
  • Model keuntungan

Satu perubahan kecil pada ayat boleh mengubah perspektif prospect.

Kalau sepanjang presentation kita hanya bercerita tentang manfaat produk kepada dirinya, jangan pelik kalau bakal business partner akhirnya melihat dirinya sebagai pembeli sahaja.

๐Ÿ’ก Tips Art of Presentation

Kenal pasti kategori prospect sebelum appointment.

Untuk pembeli produk, fokus kepada masalah, manfaat dan harga.

Untuk bakal business partner, fokus kepada peluang pasaran, model business, sistem dan potensi keuntungan.

Pastikan kata ganti diri, contoh dan slide sesuai dengan kategori prospect.

Jangan campur kedua-dua objektif dalam satu presentation.

๐ŸŽฏ Micro Action Hari Ini

Semak semula slide business presentation Boss.

Setiap kali ada ayat "Boss boleh guna", cuba lihat sama ada sepatutnya ditukar kepada "Pelanggan Boss boleh guna".

Pastikan prospect nampak dirinya sebagai orang yang membina business, bukan sekadar pengguna produk.

Presentation yang bagus bukan tentang berapa banyak kita bercakap, tetapi bagaimana kita membuat prospect melihat nilai yang betul.

Make it happen.

Terokai peluang business