Bayangkan seorang pesakit masuk ICU dan perlukan oksigen.
Tetapi doktor tunggu 3 hari baru nak bagi.
Apa akan jadi?
Mungkin sudah terlambat.
Dalam membina affiliate, saya melihat income pertama hampir seperti oksigen kepada orang yang baru bermula.
Sebab itu apabila seseorang daftar, jangan rasa kerja kita sudah selesai.
Kerja kita sebenarnya baru bermula.
Fokus pertama bukan nak bagi dia faham semuanya.
Bukan suruh dia habiskan semua training dahulu.
Fokus kita ialah:
BANTU DIA DAPAT INCOME.
Caranya?
Sejak hari pertama, terus bantu dia apply sistem yang sudah ada.
Bawa masuk table talk.
Gunakan support tool.
Ikut flow.
Ulang proses.
Ilmu akan bertambah semasa dia melalui proses itu.
Dia melihat sendiri bagaimana sistem digunakan.
Dia mendengar situasi sebenar di table talk.
Dia belajar sambil apply.
Dan apabila sistem terus dilakukan dengan betul, result akan sampai.
Bila income pertama masuk, walaupun jumlahnya belum besar, dia mendapat sesuatu yang sangat penting:
KEYAKINAN.
“Aku boleh buat.”
“Sistem ini boleh jalan.”
“Aku dah nampak sendiri.”
🛑 WARNING
Bayangkan pesakit sudah berada di ICU.
Hari pertama doktor tak bagi oksigen.
Hari kedua masih tak bagi.
Hari ketiga baru doktor sibuk mencari oksigen.
Mungkin ketika itu sudah terlambat.
Begitu juga dengan new affiliate. Kalau selepas daftar kita tak terus bantu dia apply sistem, momentum awal boleh hilang.
Mula kurang table talk. Kurang apply. Akhirnya senyap.
Nama masih dalam group, tetapi orangnya sudah tidak bergerak.
Kita pula sibuk mencari orang baru untuk menggantikannya.
Itu bukan duplication. Itu kebocoran.
🎯 MISI 3 HARI
Fokus bantu new affiliate dapat income pertama dalam 3 hari.
Bukan dengan mengejar result.
Tetapi dengan apply sistem dari hari pertama.
Masuk table talk.
Gunakan support tool.
Ikut flow.
Ulang.
Fokus pada sistem. Result akan sampai.
Dan apabila dia sudah mendapat income pertama, bantu dia melakukan perkara yang sama kepada affiliate seterusnya.
Itulah duplication.
Jangan hanya ukur:
“Berapa ramai dah daftar?”
Ukur juga:
“Berapa ramai yang dah daftar sudah mendapat income?”
Registration bukan garisan penamat.
Registration ialah garisan permulaan.

