Pagi hidup macam biasa.
Minum kopi. Hantar anak. Pergi kerja.
Petang berlaku salah faham.
Kita rasa orang menghina kita.
Marah. Hilang kawalan. Terus bertindak.
Orang cedera. Polis datang.
Malam masuk lokap.
Pagi tadi hidup tenang. Petang semuanya berubah.
Kadang-kadang hidup boleh berubah bukan kerana masalah yang besar.
Tetapi kerana cara kita melihat apa yang berlaku, kemudian tindakan yang kita ambil.
3 Skill Yang Sangat Penting
Hari ini kita banyak belajar dan praktis dua skill:
Thinking Skill โ bagaimana kita berfikir.
Communication Skill โ bagaimana kita berkomunikasi.
Kelas, buku dan latihan untuk dua skill ini mudah kita jumpa.
Tetapi ada satu lagi skill yang jarang kita beri perhatian:
Reflection Skill.
Skill untuk berhenti sebelum react.
Melihat semula apa yang berlaku.
Bezakan fakta dengan andaian.
Memahami apa yang sedang berlaku dalam diri.
Dan fikirkan akibat sebelum bertindak.
Nampak simple.
Tetapi beberapa saat untuk reflect boleh membezakan antara balik rumah seperti biasa dengan satu keputusan yang mungkin kita sesali bertahun-tahun.
Salah Reflect, Salah Tindakan
Orang tak reply WhatsApp.
"Dia sengaja ignore saya."
Bos tegur kerja.
"Dia memang tak suka saya."
Kawan ketawa.
"Dia tengah gelakkan saya."
Pasangan diam.
"Dia dah tak peduli."
Adakah semuanya fakta?
Belum tentu.
Tetapi kalau kita menerima apa yang bermain dalam kepala sebagai fakta, emosi mula mengikut.
Tafsiran โ Emosi โ Tindakan โ Akibat.
Sebab itu reflection adalah skill.
Dan seperti skill lain, ia perlu belajar dan praktis.
## ๐ก REFLECTION CHECK
Sebelum react, berhenti sekejap dan tanya:
Apa faktanya?
Apa yang cuma andaian saya?
Kalau saya ikut emosi sekarang, apa akibatnya?
Untuk Muslim, Kita Ada Quranic Reflection
Reflection kita tidak perlu berhenti pada:
โApa yang saya rasa?โ
Kita boleh pergi lebih jauh:
โApa panduan Allah dalam keadaan ini?โ
Marah โ apa panduan Al-Quran?
Dihina โ bagaimana kita patut bertindak?
Gagal โ bagaimana kita melihat ujian?
Dapat nikmat โ bagaimana kita bersyukur?
Inilah Quranic Reflection Skill.
Kita belajar melihat apa yang berlaku bukan hanya melalui emosi dan fikiran sendiri.
Kita belajar melihat kehidupan melalui panduan Al-Quran.
Bila Kita Selalu Praktis...
Perlahan-lahan kita membina ruang antara apa yang berlaku dengan apa yang kita lakukan.
KEJADIAN โ REFLECT โ TINDAKAN
Bukan:
KEJADIAN โ EMOSI โ REACT
Masalah tetap ada.
Tetapi tidak semua kata-kata perlu dibalas.
Tidak semua provokasi perlu dilayan.
Tidak semua yang bermain dalam fikiran ketika marah adalah fakta.
Di sinilah hidup boleh menjadi lebih tenang.
Bukan kerana hidup sudah tiada masalah.
Tetapi kerana kita semakin tahu bagaimana hendak menghadapi masalah apabila ia datang.
Skill Ini Perlu Dipraktikkan
Reflection bukan sesuatu yang kita belajar sekali kemudian terus mahir.
Ia perlu dibuat berulang kali.
Belajar. Praktis. Ulang.
Sampai apabila sesuatu berlaku, kita mula terbiasa untuk berhenti sekejap.
Apa sebenarnya yang berlaku?
Apa yang saya sedang rasa?
Apa panduan Allah?
Apa tindakan terbaik selepas ini?
Daripada Membaca Kepada Kehidupan
Kita sudah biasa dengan:
Baca Al-Quran.
Kemudian kita bergerak kepada:
Baca โ Faham.
Tetapi jangan berhenti di situ.
Baca โ Faham โ Reflect โ Praktis.
Baca tentang sabar โ reflect pada cara kita mengawal marah.
Baca tentang menjaga percakapan โ reflect pada bagaimana kita bercakap dengan orang lain.
Baca tentang syukur โ reflect pada bagaimana kita melihat apa yang kita sudah ada.
Pada ketika itu, Al-Quran bukan lagi sekadar sesuatu yang kita baca.
Ia mula menjadi lensa bagaimana kita melihat kehidupan.
Praktis Quranic Reflection Dengan Think Quran
Sebab itulah saya suka fungsi Reflection dalam Think Quran.
Selepas memahami ayat, kita tidak berhenti pada maksudnya.
Kita dibawa untuk reflect, kaitkan ayat dengan kehidupan dan fikirkan tindakan kecil yang boleh dibuat.
Sedikit demi sedikit. Hari demi hari.
Kerana reflection adalah skill.
Dan skill menjadi kuat apabila dipraktikkan.
Kerana kadang-kadang beberapa saat untuk reflect boleh menyelamatkan kita daripada keputusan yang mengubah seluruh kehidupan.

