
Sepanjang 13 tahun pengalaman saya dalam business, saya belajar satu perkara:
Momentum bukan datang daripada semangat semata-mata. Momentum perlu dibina dan dijaga.
Bagi saya, ada 3 perkara simple yang sangat membantu untuk memastikan momentum business terus berjalan.
1. Set Weekly Target
Jangan hanya ada target bulanan. Pecahkan kepada target setiap minggu.
Bila ada weekly target, kita tahu dengan jelas apa yang perlu dicapai minggu itu.
Paling penting, weekly target akan menjadikan setiap hari lebih efektif. Kita tahu apa yang perlu dibuat hari ini untuk membawa kita lebih dekat kepada target minggu tersebut.
Target jelas, action harian pun jelas.
2. Track Your Numbers
Bila dah ada target, track progress sepanjang minggu.
Jangan tunggu hujung minggu baru tengok result.
Bila kita tahu nombor semasa, kita tahu sama ada perlu tambah activity, ubah strategi atau teruskan apa yang sedang menjadi.
Jangan agak-agak. Tengok nombor.
3. Review & Post-Mortem
Setiap hujung minggu, review balik apa yang berlaku.
- Target capai atau tidak?
- Apa yang menjadi?
- Apa yang tak menjadi?
- Apa yang perlu diperbaiki?
Kalau menjadi, ulang dan tingkatkan. Kalau tak menjadi, adjust untuk minggu seterusnya.
Paling Penting — Buat Bersama Leader
Kalau anda ada leader, buat 3 perkara ini bersama leader.
Leader boleh membantu kita nampak perkara yang mungkin kita sendiri tak nampak, betulkan strategi dan tentukan action seterusnya.
Kemudian ulang cycle yang sama setiap minggu:
Set Target → Track → Review & Post-Mortem → Set Target Baru → Repeat 🔄
Bila dibuat secara konsisten, kita tak perlu tunggu datangnya momentum.
Kita sendiri yang membina momentum, minggu demi minggu.